Softskills- Membuat Surat Iringan Dan Resume Bersama Pelajar Sekolah
25 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24/05/2024 bersamaan dengan hari jumaat, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas membuat surat iringan dan juga resume bersama pelajar sekolah. Dalam sesi ini pihak NADI memberi asas perlunya pembuatan surat iringan dan juga resume sekiranya mereka hendak mencari kerja kemudian hari. Para pelajar diberi tips mudah dipelajari dan mudah difahami agar mereka dapat membuat surat iringan dan resume mereka dengan baik. Kesemua pelajar yang hadir diberi latihan menaip dengan baik serta menyusun maklumat berkenaan dengan diri mereka.
Akhir dari kelas ini, mereka dapat melaksanakan tugasan yang diberi malah mereka sangat mementingkan kepentingan surat iringan dan menambahbaik resume mereka. Kelas ini bermula pada jam 10.30 pagi dan selesai jam 12.30 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: